Antologi Cerpen Kasih Untuk Abang membawakan 5 buah cerpen. Bukan Kerana Benci mengisahkan seorang pelajar universiti yang berada dalam dilema apabila dilamar kekasihnya sedangkan dia masih bergelar mahasiswa. Adakah dia harus menerima lamaran itu atau menghabiskan pelajarannya terlebih dahulu dan meraih segulung ijazah sebelum memulakan kehidupan berkeluarga. Musim Yang Berlalu menceritakan kisah pelajar universiti yang menghadapi cabaran dalam mengendalikan program universiti dan orang terdekat dengannya. Satu Perjuangan mengenai dua beradik yang berjuang sebagai wira negara dan dalam masa yang sama menyukai perempuan yang sama. Gentar Di Hujung Rasa pula berkenaan seorang tentera yang baru berkahwin dan terpaksa meninggalkan isterinya untuk berkhidmat kepada negara. Kasih Untuk Abang berkisar bagaimana seorang mahasiswa jatuh cinta dan kisah suka dukanya namun ada yang baru diketahuinya menyebabkan segalanya berubah.