Antologi Cerpen Permata Hati Ayah membawakan 6 buah cerpen. Adik mengisahkan watak utama yang merasakan adiknya telah menyebabkan dia dimarahi gurunya, namun sesuatu yang berlaku mengubah fikirannya. Drama Kehidupan menceritakan watak utama yang terlupa bahawa sejak pemergian ayahnya, masih ada emak yang menyayangi dirinya dan sanggup melakukan apa saja untuk dirinya. Hadiah Buat Kak Iza mengenai watak utama yang menyelami kesedihan dan kekecewaan kakaknya apabila ayahnya bersikap pilih kasih. Kakak pula berkenaan pengorbanan kakak yang bekerja keras dalam membesarkan adik-adiknya selepas pemergian orang tua mereka. Permata Hati Ayah berkisar seorang remaja yang dahagakan kasih ayah yang telah meninggalkannya dan ibunya. Apakah dia berjaya menemui ayahnya atau haknya sebagai seorang anak dinafikan. Sebelum Terlewat menceritakan seorang remaja yang cuba menyesuaikan diri dengan sekolah barunya dan mendapat nasihat daripada seorang pelajar senior yang dianggapnya sebagai kakak.