12 Tip Tempuh 2.5 Tahun Ph.D
Perjalanan PhD seperti mendaki gunung, jika tiada matlamat yang jelas, ia akan mudah distract. Selepas menghabiskan PhD dalam masa yang ditetapkan, ramai sahabat bertanyakan tips atau tindakan ketika saya mengawal distraction. Saya juga seperti sahabat, yang memerlukan mentor dan guru untuk bimbingan. Ketika saya ingin memulakan langkah pertama, saya agak buntu kerana tiada panduan "bagaimana untuk mula". Saya tercari-cari tips dan menyertai pelbagai kursus dan kelas sebagai usaha. Saya banyak melaburkan masa dan wang ringgit demi "menjadi pelajar PhD". Saya berpendapat dengan menghadiri kursus tersebut saya menjadi mahir dalam penulisan kajian. Sebenarnya tidak! Saya telah menjadi antara pengumpul sijil kursus tetapi masih tidak dapat menulis. Justeru itu, penulisan ini adalah peluang besar yang harus saya rebut memandangkan saya telah sedar kesilapan lalu bagi membantu dan memudahkan sahabat dan calon pelajar PhD supaya tidak ulangi kesilapan saya ini. 12 tips dan strategi ini saya rangkumkan dari pengalaman saya. Namun saya akui ianya bukanlah yang terbaik tetapi sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak yang saya telah lalui. Terima kasih buat anda yang sudi membaca.
Currently No Review