101 FORMULA URUS KEWANGAN BUAT SI KACAK
Pengurusan Kewangan ialah satu topik yang agak serius untuk dibincangkan. Malah ada segelintir kita yang memandang topik ini sebagai rahsia kerana melibatkan “kewangan peribadi” dan mentaliti kerahsiaan sehinggakan ada rasa “insecure” untuk bercerita walaupun terdapat cabaran dalam kewangan. 101 formula yang dikupas beserta “rules of thumb” dalam urus gaji/ kewangan yang bakal di jadikan panduan dalam e-book ini bakal memberikan pengalaman baru untuk lebih mudah dalam mengurus kewangan. E-Book ini terdiri daripada 5 topik yang akan menyentuh perihal kewangan dan 101 formula yang wajib diketahui dan diterapkan dalam kehidupan terutamanya oleh anak muda. Kenapa “Si Kacak”? Si Kacak membawa maksud golongan belia dan anak muda yang kelihatan gagah, segak, tampan. Bukan sekadar kelihatan gagah, segak dan tampan, generasi anak muda terutama golongan lelaki perlulah juga bijak dalam pengurusan kewangan.
Currently No Review