BICARA 10 PERSOALAN KEHIDUPAN DARI PERSPEKTIF WANITA
-Persoalan kehidupan dari perspektif wanita dibicarakan dengan cara yan?g santai buat renungan bersama-. Wanita dan kerjaya, wanita dan keluarga, wanita dan masyarakat – ternyata banyak peranan yang dimainkan oleh wanita di dalam kehidupan. Mampukah wanita memenuhi setiap tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya? 10 persoalan kehidupan yang biasa buat wanita dibicarakan dengan santai. Setiap persoalan yang kelihatannya biasa ini diungkapkan dalam bentuk mutiara kata disusuli penjelasan dan huraian serta pembentangan fakta-fakta menarik dari pelbagai sudut cabang ilmu. Dibicarakan dan dikupas dengan cara yang santai buat renungan bersama... .
[View Full Reviews for this Book]
Reviews
1.Nick Name : DayahZ
Review Rating : 5
Review Comments : Buku ini telah mengupas secara ringkas 10 mutiara kata berkaitan wanita dengan memberikan contoh yang luas seperti data statistik, hasil kajian dan kisah sirah wanita Islam. Selain itu, terdapat juga selingan di setiap bahagian iaitu "Fakta Selayang PAndang" yang telah dirumuskan dengan baik di segmen ke-2 buku ini. Secara ringkas, buku ini sesuai dibaca secara santai oleh semua wanita peringkat umur di Malaysia.