7 sebab kenapa doktor perlu menulis
Buku ini ditujukan khas kepada doktor-doktor sebagai pemberi semangat kenapa anda perlu menulis dan menjadi seorang penulis. Buku ini juga sesuai untuk bahan bacaan umum. Ramai yang dahagakan informasi kesihatan yang benar dan juga ingin tahu pengalaman yang pernah doktor alami. Platform penulisan adalah salah satu wadah untuk menyampaikan informasi yang berguna dan juga cara untuk menjadikan masyarakat lebih berilmu. Melalui penulisan juga, pengamal perubatan dapat menangkis pelbagai salah faham masyarakat tentang perubatan.
Currently No Review